Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini saya nak berceloteh pasal hati dan perasaan.. semua orang ada hati dan perasaan kan?? Dan, mesti semua orang nak orang lain contohnya sahabat jaga hati mereka.. Tapi, sebelum mereka nak semua orang jaga hati mereka, mereka sendiri mestilah jaga hati orang lain..
Setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza.. Ada yang cepat terasa atau senstive dan ada pula yang selamba je..*macam xde perasaan* hmm.. dan, tak semua orang kita tau macam mana dia.. oleh itu, jagalah hati semua orang.. terutamanya ibu bapa kita.. ni antara cara untuk menjaga hati :)
- Sentiasa muhasabah diri. Sentiasa rendah hati. Sentiasa berfikiran baik terhadap semua makhluk Allah.
- Jangan banyak ketawa dan berbahagia di atas kesilapan orang lain.
- Jangan menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat di makbulkan oleh Allah.
- Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan Al-Mathurat di samping memahami dan mendalami ertinya serta qiam.
- Sering berdoa kepada Allah. Doakan ibu bapa kita. Misalnya, "Ya Allah, seandainya aku tidak memiliki waktu untuk membahagiakan orang tua ku, satu pintaku ya Rabb, dikau bahagiakan lah di wajah mereka dengan kasih sayang mu dan ketenangan."
- Meletakkan Allah di setiap perkara yang cuba kita lakukan. Niat kerana Nya.
- Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan solehah.
- Cintai ilmu Allah yang Maha Luas.
- Beriktikad dengan jalan akidah yang benar dan betul.
- Lakukan kebaikan dan niat kerana Allah.
Wallahu alam... maaf kerana banyak kekhilafan.. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
No comments:
Post a Comment