Ukhuwah Fillah
Ahlan wasahlan... Hari ni saya nk berkongsi cerita saya.. Saya ada ramai kawan.. Kawan sebaya, ade yang lebih tua, dan ade yg lebih muda.. Dalam banyak-banyak kategori ni, saya nak cerita sahabat yang sentiasa ada disisi saya dikala saya suka dan duka.. Sahabat saya ni lebih tua daripada saya.. *tua setahun je*
Sahabat saya ini, baik sangat.. Dan dia penyayang.. Tak hairanlah klau ramai junior rapat dengan dia.. hmmm... Saya takde kakak.. Bila saya kenal dan berjumpe dengan dia *waktu tu form 1* barulah saya rasa macam mana ada kakak.. Ade tempat nak kongsi cerita suka dan duka.. Ada tempat nak luahkan perasaan.. Tapi, antara banyak-banyak nasihat dari sahabat saya ni, saya suka nasihat dia yang ni ~> "kalau sedih, takde tempat mengadu, back to Allah" yela.. kita semua ni hanya insan biasa.. Ada cerita yang boleh kongsi bersama, ada yang menjadi rahsia abadi antara kita dengan DIA...
Hmm.. Sejak saya berkawan dengan sahabat saya ni, baru saya rasa erti sebuah persahabatan yang ikhlas dan jujur kerana Allah.. Sebelum ni, saya selalu buat benda sorang-sorang.. Saya tak pernah share rahsia dengan orang lain.. Hanya Allah je yang mengetahui segalanye... hmm.. Kalau sebelom ni, saya hanya rapat ngan sahabat saya ni dalam FB chat dan mesej je.. Tapi, tahun ni kami rapat sangat.. Hampir setiap waktu persekolahan kami bertemu.. Balik daripada sekolah, kami berSMS ... Bila dia tak datang sekolah, saya rasa sunyi je.. hmm.. Tapi, ada terdetik juga dalam hati, 'saya tak menganggu dia ke bila setiap kali habes sekolah dan berSMS.. lagipon, dia lebih tua setahun daripada saya.. dia ada kawan-kawan dia sendiri' hmm..
Bila dia sedih, saya sedih.. Bila dia gembira, saya gembira.. Bila dia sakit, saya risau sangat.. *sebab dia suka berahsia -_-'* Dia selalu ingatkan saya, walau apa jua keadaan, sentisa ingat Allah.. Kesedihan dan kegembiraan semuanya nikmat yang diberi oleh DIA.. Pertemuan dan perpisahan pon sama.. Sekarang, sahabat saya ni berada di tingkatan empat.. tahun depan dia tingkatan lima.. lepas tu??? hmm.. saya ingat satu ayat daripada sahabat saya yang lain "bila persahabatan kita ihklas semata-mata kerana Allah, insha Allah ia akan berkekalan selama-lamanya" ... saya harap sangat persahabatan antara saya dan kawan-kawan saya, kekal selama-lamanya untill JANNAH..
Kepada sahabat saya ni, kalau awak baca status ni, saya nak cakap, uhibbuki fillah.. jangan sedih-sedih.. saya minta maaf atas segala kesilapan yang pernah atau akan saya buat kepada awak.. Awak la sahabat, senior dan kakak yang terbaik yang pernah saya jumpa... hmm.. post ni bukan di edit, di'copy paste' tapi, insha Allah, ia ikhlas dari hati... Andai suatu masa nanti kita terpisah, hmmm... maafkan saya.. maaf sebab saya tak boleh jadi sahabat,junior, adik terbaik... jaga diri, jaga iman....
No comments:
Post a Comment