Bismillahirrahmanirrahim.
Angin petang itu bertiup lembut.
Menampar pipi mulus wardah yang sedang bersila melihat keindahan ciptaan Yang Maha Mencipta.
Mencuri ketenangan di sebalik kepulan awan.
Mencari sedikit ruang untuk bernafas pada langit yang luas terbentang.
Dengan harapan.
Dapat melegakan kesesakan dada dan kesempitan rongga untuk bernafas.
Juga.
Melapangkan pemikiran yang sedang kusut.
Nafas dihela berat.
'Allah, beratnya ujian yang kau letakkan pada bahuku Ya Rabb. Sakit.'
Hatinya menangis.
Jiwanya meronta.
Seakan masalah yang dihadapinya akan menelannya bila bila masa saja.
Hati dan fikirannya kosong.
Seorang gadis yang lembut wajahnya mengambil tempat di sebelah wardah.
"Assalamualaikum cinta." sapanya dengan lemah lembut.
Senyuman terukir di bibir.
Yang sedikit sebanyak mampu menenangkan orang yang melihatnya.
"Waalaikumsalam rindu."
Air mata yang mengalir diseka cepat.
Senyum paksa.
"Wardah ada masalah ye ?"
"Eh, manade lah Qawa. Wardah sengaja duduk sini. Nak tengok keindahan
alam. Manalah tahu ni kali terakhir wardah dapat tengok. Hahaha."
Qawarira binti Halim.
Nama seindah rupa.
Cukup menenangkan walau hanya dengan senyuman tipis.
Monyet dekat hutan pun boleh cair tau.
Ya, mukanya.
Tutur bicara serta sopan santunnya.
Menambat hati sesiapa sahaja.
Penuh dengan kelembutan.
Dan seperti ada cahaya yang terpancar.
Berkat dari kalam Allah yang di'jaga'nya.
"Eleh, budak comot macam wardah ni mana boleh nyorok dari Qawa. Fail
betul kalau menipu. Tell me why are you so sad. Selalunya awak lah budak
paling bising. Ni senyap je. Nampa sangat senyum pelastikk tauu. Qawa
tahu Wardah ada masalah. Qawa sudi jadi telinga wardah tau. Kemon
ceritalah." Pujuknya dengan mata menikam lembut seolah mampu menembusi
jauh ke sudut pemikiran wardah.
Air mata yang ditahan sejak tadi mengalir deras tanpa tertahan tahan.
Bahu wardah dipeluk kemas.
"Menangis sayang. Menangis semahunya. Qawa ada kat sini."
"Qawa, wardah penat Qawa. Penat sangat. Macam macam ujian. Satu persatu.
Tambah pulak dengan tanggungjawab yang bertingkat tingkat atas bahu
wardah ni. Naik retak hati jiwa dan raga wardah tanggung semua ni. Nak
bernafas pun susah. Haih. Wardah tahu. Allah takkan uji hambaNya di luar
batasan kemampuan kita. Tapi kadang kadang wardah pun akan tersungkur
jugak. Wardah tak kuat Qawa." Luahnya dalam sendu.
"Sayang, Qawa faham apa yang wardah rasa. Memang. Bila hati kita disapa
ujian. Memang kita akan rasa berat sangat. Macam batu jatuh atas kapla
(kepala) kan ? Tapi ingat sayang. Ujian tu datangnya bukan untuk
melemahkan malah menguatkan. Memang perit sekarang. Tapi Allah nak ajar
wardah jadi kuat. Sebabtu lah Allah bagi latihan kat wardah awal awal.
Sebab Allah tahu wardah tu cembeng (kuat nanges). Hahaha." Seloroh
Qawarira.
Sambungnya lagi.
"Ujian ni macam sistem keimunan dalam badan. First, bila patogen masuk
dalam bentuk jangkitan, badan kita memang akan terkesan. Sebab badan
kita takde pengalaman untuk melawan patogen tu. Tapi bila patogen masuk
lagi sekali dalam bentuk jakitan yang kedua. Limfosit dah hasilkan
antibodi. Sebab badan kita dah ada memori untuk lawan jangkitan tu. So,
dekat sini wardah boleh nampak yang ujian tu datangnya untuk menguatkan
kita kan ? Memang sakit mula mula wardah. Tapi percayalah yang kita
mampu atasi semuanya. And lepas bangun dari jatuhnya kita dalam menempuh
ujian ni akan buat kita lebih tabah untuk menghadapi dunia yang penuh
cabaran."
Nafas ditarik.
"Sometime, kita akan dapat antibodi dari luar. Melalui suntikan. Jadi
Qawa mengaku kadang kadang kita perlukan semangat dari orang sekeliling
kita. Sebabtu Qawa selalu ada di sisi Wardah selagi mana Allah
mengizinkannya."
Qawarira memandang wardah penuh perasaan cinta.
Cinta yang diharapnya akan membawa mereka ke syurga Allah.
"Wardah, Ingat firman Allah dalam surah al-ankabut ? Apakah manusia
mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan Kami telah beriman,
sedang mereka belum diuji?
Jadi, wardah boleh fikirkan kenapa Allah uji kita ? Kalau nak masuk
syurga, kena lah kebal dengan segala bentuk ujian. Barulah lejen."
Wardah sengih tapi masih diam membisu.
Mencerna setiap patah perkataan.
Dia tahu itu ada betulnya.
Ya.
Sebenarnya dia tahu akan segala hakikat.
Tetapi sebagai manusia.
Dia perlukan bahu untuk bersandar.
Dan tangan untuk berpaut.
Hatinya sebak dengan kehadiran Qawarira di sisi.
Dia adalah hadiah terhebat dari Allah.
"Kalau wardah penat. Maybe you have to step back and reflect."
"Reflect what ? Internal reflection ? Or reflection in wave ?"
"Haisy budak ni. Bukanlah. Muhasabah lah. Yes, maybe wardah kena
muhasabah diri wardah. Mungkin ujian ni datang disebabkan dosa dosa yang
wardah pernah buat. So Allah nak cuci semua dosa hamba Dia yang comel
ni. Ngeh. And know what ? Muhasabah itu ubat bagi kepenatan."
"Em, mungkin. Thanks Qawa. I will. Tapi wardah perlu masa untuk rawat hati wardah. Doakan Wardah kuat ye."
"Selalu sayang"
Senyum.
"Qawa tahu ? Wardah bersyukur sangat Allah hantar Qawa untuk wardah.
Allah tahu yang wardah ni comel. Jadi Dia hantar Qawa yang cantik ni
untuk wardah. Hahahaha."
"Dan Qawa bersyukur sangat sebab dapat kawan yang perasan macam wardah.
Sekurangnya dapatlah Qawa ketawa dengan perangai tahapehape wardah tu.
Mengada dan manja sungguh."
Peha dicubit perlahan.
Gelak.
Mata mereka bertaut.
"Saya sayang awak kerana Allah." sama sama menyebut.
Tawa pecah lagi.
Sila mereka dibetulkan.
Badan tegak menghadap dada langit.
Menikmati panorama dari atas bukit yang tak seberapa nak bukit.
"Qawa, ingat tak Qawa pernah cakap kat wardah ?"
"Yang mana ye ?"
"Alah. Yang pasal semut tu."
"Oh. em. Andai semut tahu manisnya ukhuwwah, pasti dia akan tersipu malu."
"Hahaha yang tu lah. Em, semut tu mesti tengah malu kan ? Dia sangka
gula lebih manis. Tapi ukhuwwah ni lagi double triple manis. And kalau
Qawa nak tahu, wardah hampir kena kencing manis tau. Manis sangatlah.
Hahaha."
"Qawa harap Qawa dapat jumpa wardah."
"Eh, sekarang ni bukan tengah jumpa wardah ke ?"
"Bukan kat sini."
"Habestu ? Dekat london ? Krabi ? Paris ? Hah wardah tahu. Kat madinah ke ?"
Senyum terukir lembut.
"Dekat syurga sayang."
Air mata bahagia jatuh menyembah bumi.
Aku mencintaimu sahabat.
Sekian.
copypaste : http://hambawesome.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment