Monday, March 20, 2017

GeLiSaH

بسم الله الرحمن الرحيم

Sungguh.. 
Aku rasa perasaan aku sekarang ni, bercampur baur...
Berkecamuk... 
Aku rasa, 
Aku nak jerit kuat-kuat.. 
Aku nak nangis puas-puas.. 
Aku nak luah dekat someone.. 
Tapi, 
Aku tak tahu sapa.. 
Aku tahu.. Allah ada...
Aku tahu.. Aku boleh mengadu segalanya padaNYA.. 
But, 
Aku tak tahu kenapa aku perlukan manusia untuk aku berkongsi cerita.. Meluah perasaan..

Teringat dulu, 
Bila aku tulis moment dekat wechat, 
'Sungguh aku tak kuat.. I need someone for give me some motivation talk' 
Sekali, 3 orang akak whatsapp aku.. 
Tu kata-kata 3 orang kakak aku bagi.. 
>Kak Salwati<
>Kak Una<
>Kak Waffa<

Serius terharu... Akak cakap, 'untung Anna, ramai orang sayang... '
Ya Allah.. Syukur.. Untungnya ramai sayang aku... 

Sekarang semua dah busy.. 
Aku faham.. Dan aku akan lalui detik macam dorang.. 
Kak salwati, 20, dekat Universiti Al-Azhar, Mesir.. 
Kak Waffa, 21, dekat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS, Malaysia.. 
Kak Una, 21, dekat Universiti Islam Negeri, UIN, Indonesia..

Nampak tak? 
Semua dah jauh..
Tapi, kasih sayang kami, tetap utuh.. 

********************
Aku gelisah sebab... 
Hm.. 
Bayangkan, 
9 April 2017 adalah tarikh fly aku dan kawan-kawan ke Mesir, InshaaAllah.. 
Tapi, 
Kami terima kenyataan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan keluarkan senarai nama pelajar ke Mesir awal bulan 4 katanya... 

MashaAllah.. 
Boleh bayangkan betapa berkecamuknya fikiran kami.. 
Ofcourse la ada yang dah packing barang.. 
Ada yang dah buat kenduri doa selamat.. 
Ada yang dah heboh satu family, satu kampung, satu sekolah.. 

Hm.. 
Doakan lah yang terbaik buat kami.. 

"Ya Allah, kami berharap seramai 108 orang pelajar under ILMAM yang akan ke Mesir ini akan terus tetap namanya dalam senarai pelajar Universiti Al-Azhar 2017.. Ya Allah, kau permudahkan lah urusan kami.. " 



Maafkan saya
Doakan saya

ZAHIDAHZAIDI



No comments:

Post a Comment