Saturday, August 31, 2013

Ukhuwah Fillah



Ahlan wasahlan... Hari ni saya nk berkongsi cerita saya.. Saya ada ramai kawan.. Kawan sebaya, ade yang lebih tua, dan ade yg lebih muda.. Dalam banyak-banyak kategori ni, saya nak cerita sahabat yang sentiasa ada disisi saya dikala saya suka dan duka.. Sahabat saya ni lebih tua daripada saya.. *tua setahun je* 

Sahabat saya ini, baik sangat.. Dan dia penyayang.. Tak hairanlah klau ramai junior rapat dengan dia.. hmmm... Saya takde kakak.. Bila saya kenal dan berjumpe dengan dia *waktu tu form 1* barulah saya rasa macam mana ada kakak.. Ade tempat nak kongsi cerita suka dan duka.. Ada tempat nak luahkan perasaan.. Tapi, antara banyak-banyak nasihat dari sahabat saya ni, saya suka nasihat dia yang ni ~> "kalau sedih, takde tempat mengadu, back to Allah" yela.. kita semua ni hanya insan biasa.. Ada cerita yang boleh kongsi bersama, ada yang menjadi rahsia abadi antara kita dengan DIA... 

Hmm.. Sejak saya berkawan dengan sahabat saya ni, baru saya rasa erti sebuah persahabatan yang ikhlas dan jujur kerana Allah.. Sebelum ni, saya selalu buat benda sorang-sorang.. Saya tak pernah share rahsia dengan orang lain.. Hanya Allah je yang mengetahui segalanye... hmm.. Kalau sebelom ni, saya hanya rapat ngan sahabat  saya ni dalam FB chat dan mesej je.. Tapi, tahun ni kami rapat sangat.. Hampir setiap waktu persekolahan kami bertemu.. Balik daripada sekolah, kami berSMS ... Bila dia tak datang sekolah, saya rasa sunyi je.. hmm.. Tapi, ada terdetik juga dalam hati, 'saya tak menganggu dia ke bila setiap kali habes sekolah dan berSMS.. lagipon, dia lebih tua setahun daripada saya.. dia ada kawan-kawan dia sendiri' hmm.. 

Bila dia sedih, saya sedih.. Bila dia gembira, saya gembira.. Bila dia sakit, saya risau sangat.. *sebab dia suka berahsia -_-'* Dia selalu ingatkan saya, walau apa jua keadaan, sentisa ingat Allah.. Kesedihan dan kegembiraan semuanya nikmat yang diberi oleh DIA.. Pertemuan dan perpisahan pon sama.. Sekarang, sahabat saya ni berada di tingkatan empat.. tahun depan dia tingkatan lima.. lepas tu??? hmm.. saya ingat satu ayat daripada sahabat saya yang lain "bila persahabatan kita ihklas semata-mata kerana Allah, insha Allah ia akan berkekalan selama-lamanya" ... saya harap sangat persahabatan antara saya dan kawan-kawan saya, kekal selama-lamanya untill JANNAH.. 

Kepada sahabat saya ni, kalau awak baca status ni, saya nak cakap, uhibbuki fillah.. jangan sedih-sedih.. saya minta maaf atas segala kesilapan yang pernah atau akan saya buat kepada awak.. Awak la sahabat, senior dan kakak yang terbaik yang pernah saya jumpa... hmm.. post ni bukan di edit, di'copy paste' tapi, insha Allah, ia ikhlas dari hati... Andai suatu masa nanti kita terpisah, hmmm... maafkan saya.. maaf sebab saya tak boleh jadi sahabat,junior, adik terbaik... jaga diri, jaga iman.... 


Thursday, August 8, 2013

Riang Ria Raya!!



Hari ini 8.8.2013 bersamaan 1 syawal 1434.. Waktu 1 hari raya ni lah yang best.. Pergi solat sunat hari raya, ziarah-menziarahi sanak saudara dan yang palikng best, budak2 dapat duit raya.. hehehehe... Tapi, kene ingat, raya, raya jugak.. Jangan sampai lupa daratan.. Yang penting kena jaga solat.. Jangan lewatkan solat.. selain tu, batas antara perempuan dan laki pon kene jaga juga.. jangan main salam je orang yang bukan muhrim kita.. 
Citer pasal raya, teringat masa kecik-kecik dulu.. Tak sabar nak raya.. Time puasa pula main bunga api dan macam-macam la.. lepas tu, pergi rumah orang, kumpul duit raya.. hehehe.. *tak malu* tapi, tu waktu kecik.. waktu tu tak tau lagi ape maksud puasa dan apa maksud hari raya aidilfitri.. 

hmm.. Malas pulak nak taip.. Tengok gambar je lah... 

#Bestnya main bunga api...

#Ziarah-menziarahi sanak saudara..

# Bye... selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin... assalamualaikum.. taqobballahu minna waminkum.. kullu 'am waantum bikhair...


Monday, August 5, 2013

Raya menjelma jua



Selamat hari raya aidilfitri... gembira, gembira la jugak.. tapi, jauh disudut hati, sedih sgt.. Ramadan dah nk pergi.. Dapat ke saya bertemu dengan Ramadan pada masa akan datang?? T_T saya harap saya sempat.. hmm.. 
Berbalik pada raya, raya adalah satu kemenangan bagi umat Islam setelah hampir sebulan kita berpuasa.. masa ni la disunatkan pakai baju baru, pergi solat sunat hari raya dan ziarah-menziarahi antara satu sama lain.. dan masa ni jugak ada yang sedih.. teringat dekat orang2 yang dia sayang tapi mereka dah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya... hm... *mule berlinangan air mata*
yang paling best pasal raya bagi remaja ialah konvoi raya.. hmm.. best gi raya ramai2.. stakat ni, aku penah konvoi time umur 12 tahun je.. kadang2 jeles gak tengok kawan2 konvoi ramai2.. dorg happy je.. aku pon happy gak..harap tahun ni dapat konvoi.. tapi, dengan sapa?? tu la yang menjadi persoalan setiap tahun..hmm.. 
tahun ni, aku xbrape ade mood nk raya.. xtau kenapa.. masuk tahun ni, tahun ke enam aku raya tanpa seorang insan yang aku sayang.. sangat lama... tapi, Allah lebih sayangkan dia.. aku nk ikut dia jugak.. tapi, amalan aku xcukup lagi.. andai aku xdapat tiba Ramadan tahun depan, macam ne ye?? dan, dapat ke aku disamping insan yang aku sayang tu dekat 'sana' nanti.. hm..kita sebagai insan yang masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ni harus bersyukur.. mungkin ada hikmah.. kena terima qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah swt..
malas pulak nak taip panjang2.. -_-' ok la.. nk ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.. hati2 di jalan raya.. jangan main mercun.. kepada kawan2 saya, saya minta maaf sangat2.. ni ada pantun tentang main mercun,
saya kata mercun, awak kata meriam
awak putus jari, saya diam2...

sekian.. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Saturday, June 29, 2013

Hati dan Perasaan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini saya nak berceloteh pasal hati dan perasaan.. semua orang ada hati dan perasaan kan?? Dan, mesti semua orang nak orang lain contohnya sahabat jaga hati mereka.. Tapi, sebelum mereka nak semua orang jaga hati mereka, mereka sendiri mestilah jaga hati orang lain..

Setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza.. Ada yang cepat terasa atau senstive dan ada pula yang selamba je..*macam xde perasaan* hmm.. dan, tak semua orang kita tau macam mana dia.. oleh itu, jagalah hati semua orang.. terutamanya ibu bapa kita.. ni antara cara untuk menjaga hati :)

  1. Sentiasa muhasabah diri. Sentiasa rendah hati. Sentiasa berfikiran baik terhadap semua makhluk Allah. 
  2. Jangan banyak ketawa dan berbahagia di atas kesilapan orang lain. 
  3. Jangan menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat di makbulkan oleh Allah. 
  4. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan Al-Mathurat di samping memahami dan mendalami ertinya serta qiam. 
  5. Sering berdoa kepada Allah. Doakan ibu bapa kita. Misalnya, "Ya Allah, seandainya aku tidak memiliki waktu untuk membahagiakan orang tua ku, satu pintaku ya Rabb, dikau bahagiakan lah di wajah mereka dengan kasih sayang mu dan ketenangan." 
  6. Meletakkan Allah di setiap perkara yang cuba kita lakukan. Niat kerana Nya. 
  7. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan solehah. 
  8. Cintai ilmu Allah yang Maha Luas. 
  9. Beriktikad dengan jalan akidah yang benar dan betul. 
  10. Lakukan kebaikan dan niat kerana Allah. 
saya ada banyak sahabat.. tapi, saya nak citer pasal sorang sahabat saya ni.. nama die.. hm.. rahsia.. tp, dia baik sangat.. selalu ada time saya suka n duka.. masalahnye, dia suka berahsia.. kadang2 saya tak tau pon dia sedang bersedih.. kuatnya die.. boleh pendam ape yg terbuku dalam hati dia.. tapi, dia ada bagitau something... dia agak terasa hati sejak kebelakangan ni.. saya takut tu semua sebab saya.. maafkan saya sahabat.. hmm.. pengajarannya, jagalah hati semua orang...

Wallahu alam... maaf kerana banyak kekhilafan.. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

~Menuju cinta Ilahi~



assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh .. bismillahirrahmanirrahim ..

"CINTA,  buat masa ini aku ingin sekali kau dikunci rapi, kerana aku ingin menimba ilmu Ilahi .."

"dan mungkin sebelum kita jumpa seseorang yang boleh jaga dan lindungi kita ..
yang boleh sayangi kita ..
yang boleh hargai kita dan terima kita seadanya ..
kita kena terlebih dahulu ..
jaga, hargai, sayangi dan terima diri kita sendiri .."

mungkin sekarang ini .. coretan di atas pengganti segala rasa ..
ya .. fitrah tak mampu ditolak tapi mampu dikawal ..
bukan tak mampu memberi cinta pada insani ..
tapi mahu sekali cinta ini buat Ilahi semata-mata dan kekasihNYA ..
diri ini masih merangkak-rangkak mencari cintaNYA yang agung ..
maaf buat ketika ini ..
diri ini ingin sekali menjaga hati dan meletakkan cintanya pada DIA ..

walaupun berkali air mata ini gugur kerana cinta pada insani ..
namun ENGKAU tetap teguhkan hati ini ..
untuk tidak berputus asa ..
untuk teruskan perjuangan hidup ini ..
terkadang lelah di dada ini ..
menanggung segala rasa ..
ya ALLAH .. kuatkan diri ini ..
yang terkadang tersungkur kerana terlalu leka yang mainan cinta insani ..

_________________________________________________________________

astaghfirullah .. ampunkan aku ya RABB .. kerana memikirkan hal ini seketika .. sedang saudara/ri ku disana berjuang mempertahankan islam, diri dan keluarga .. 
coretan di atas .. ana harap anda semua dapat mengambil sesuatu iktibar daripadanya .. ana akan biarkan anda semua fikirkan apakah iktibar itu .. kerana ana tahu .. anda semua ni bijak pandai orangnya .. dan ana juga rasa anda semua faham akan maksud tersirat coretan itu .. ana undur diri dulu .. jazakallahu khairan kasiran sebab sudi luangkan masa anda untuk baca post yang pelik ni .. hrmm .. assalamu'alaikum .. ukhuwah fillah mahabbah lillah .. fi hifzillah ..

#di 'copy paste' dari blog http://lukisan-rindu.blogspot.com/

Saturday, May 4, 2013

Sahabat yang BAIK !~


Penting tak untuk memilih kawan yang baik??? jawapanye, PENTING! sbb.... hehe.. tengok gamba di bawah ni ...
tu la sebabnya... hehe.. nak tau tak kawan baik atau teman sejati tu macam ne?? ok.. macam ni, 
          hm.. ape lagi ye??? oh.. sifat sahabat yang baik.. hm.. dan, kita mesti hargai sahabat itu.. 
kawan-kawan saya!!! siapa ye?? adalah.. rahsia.. ape pon, 
semoga, ukhuwah awak dan kawan-kawan awak kekal hingga ke syurga .. in syaa Allah... aamiin,..

Friday, March 8, 2013

Celoteh 'Tok' Thaqif


Hari ni saya nk cter bende lain dri yg lain.. Ade la sorg 'ATOK' ni kn.. hehehehe... ish2.. kalau berdebat dalam FB, mesti die je nk menang.. klau xcaya, tanye ira (syahira suhaimi) ngan daus (kenzaki kenji).. heheheh.. kadang2, bende yg ktorg debatkn tu adlh bende yg kecik je.. contohnye pasal nme .. sblum tu, tengok gamba die.. 

contoh2 bende yang ktorg dibatkan ialah :
thaqif: jom main pantun nak tak? hehe..

Syahira kena hukum,
assalamualaikum..
— with Syahira Suhaimi and 2 others.
 

Saturday, March 2, 2013

Nama-nama sahabat



Saya ada beberapa orang sahabat.. Tapi, sebenarnya, semua orang di sekeliling saya adalah sahabat saya... Cume, SAHABAT yang saya maksudkan sekarang ialah sahabat yang sentiasa ada waktu saya SEDIH dan GEMBIRA... dan, mereka selalu beri nasihat kepada saya.. Nasihat duniawi dan ukhrawi.. Susah nak cari sahabat macam ni.. kalau kita dah dapat sahabat macam ni, hargailah mereka... Antara sahabat-sahabat saya ialah
  • Siti Noor Salwati (kak salwati)
  • Afiqa (kak fiqa)
  • Norazmin Shahidah (azmin)
  • Syahira (ira)
  • Thaqif 
  • Firdaus (daus)
  • Nabilah Husna (kak nabilah)
  • Siti Nurdina (kak dina)
  • Nur Hafizah (kak fiza)
  • Fataniah Afza (kak afza)

Gambar pertama = kak dina, kak sal, azmin, kak ain, kak fiqa, kak nabilah, kak fiza, kak afza
gambar kedua= ira
gambar ketiga= daus
gambar keempat= thaqif

~Sabarlah menghadapi ujian hidup~



Apabila kita ditimpa sesuatu ujian, mesti kita akan rasa betapa beratnya hidup ni...
Kadang-kadang terdetik dekat hati "mengapa kita ditimpa banyak dugaan?? Allah tak 
sayang kita ke?" *astaghfirullahal'azim* Sebenarnya, Allah bagi ujian dekat kita
sebab dia nk uji keimanan kita.. Allah nak lihat sama ada kita ingat dekat dia ke tak..
Lagipun, Allah rindu nak kita dekat dengan dia.. Kita asyik fikir pasal dunia je...
Tak fikir pun pasal akhirat sana.. Walhal, ukhrawi lagi penting dari duniawi..
Dekat sini, saya akan kongsikan tujuh tips menghadapi ujian Allah..
    • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).
    • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi).
    • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim).
    • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).
    • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahanFakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6).
    • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-NyaOptimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).
    • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).

    Wallahu'alam... Sayang semua !

Friday, March 1, 2013

Pengorbanan seorang guru..



Guru ialah seseorang yang mendidik dan mengajar kita di sekolah..
Guru umpama lilin yang sanggup membakar dirinya demi menerangi kegelapan
dalam hidup seseorang.. 
Semua orang mesti pernah kene marah dengan guru kan? hehehe..
Jom kita check balik ape kesalahan kita.. Orang kata, marah tandenya sayang..
Maksudnya, cikgu tu marah sebab sayangkan kita.. Jangan berprasangka buruk terhadap
seseorang.. kerana ia akan memakan diri kita balik.. ok! hargailah jasa guru anda... 
Saya sayang cikgu-cikgu saya,..

Sahabat



Saturday, February 23, 2013

Gembira~!


Assalamualaikum... Hari ni saya seronok sangat.. Alhamdulillah..
Hari ni saya dapat jumpa sahabat2 saya yang pindah...
Rindu sangat dekat kak salwati, kak dina, kak fiqa
dan kak nabilah...... Rindu sangat dekat dorang... Sayang dorang.. 
xlupa juga pada ira.. sayang ira dan semua!
 

Monday, February 11, 2013

Dengarlah Wahai SAHABAT


SAHABAT,
Kau adalah teman bagi ku,
Dikala aku sedih,
Kau bersama ku,
Dikala ku gembira,
Kau turut bersama...

Kini,
Kau harus pergi jauh,
Untuk menggapai cita-cita,
Juga menggapai redha,
Daripada Yang Maha Esa..

Perpisahan,
Suatu yang amat memilukan,
Saat yang sukar untuk dilalui,
Terutama bagi insan
Seperti diriku ini...

SAHABAT,
Walau ape yang terjadi,
Kau tetap SAHABAT ku,
Akan ku kenangkan mu,
Hingga ke syurga nanti...


Friday, January 18, 2013

sahabat sejati

 
 Di kala kesepian melanda
Engkau datang untuk menghiburkan ku
Di kala hujan tawa menghujaniku
Engkau turut dalam tawa ku
Selalu ada di sisiku
Di kala duka mahupun suka
Dan terus bersamaku
Sampai takdir memisahkan kita ..

~> Sahabat, walau dimne jua kalian berada, insya Allah akn ku ingati kalian didalam stiap doaku .. Sahabat, terlalu byk jasa kalian terhadapku.. terlalu byk kata2 nasihat yg telah kalian beri kpd ku.. kalian sentiasa berada disisi ku ketika aku memerlukn semangat utk meneruskn kehidupan ini .. kalian sentiasa mengingatkn ku kpd Allah , tuhan sekalian alam.. Sahabat, tika aku sedih, tidak penah kalian membiarkn aku dalam tangisan duka.. ketika aku gembira, kalian turut mengikutinya.. Sahabat, aku tidak tahu ape yg ingin ku berikn kpd kalian utk membalas jasa kalian.. hanya Allah yg dpt membalas sgalenye.. Sahabat, kini ku mengira detik waktu.. berapa lama lagikah kalian bersama ku.. hanya Dia yangmengetahui ape yang terbukku dalam hati ku .. hanya Dia yang mengetahui ape yg t'sirat disebalik senyuman ku.. Sahabat, aku mengharap doa daripada kalian agar aku tabah menghadapi hari yang mendatang.. Sahabat, ingatlah, kalian sentiasa dihatiku walau jarak eribu batu memisahkan kita.. Sahabat, UHBBUKI FILLAH !! ingin ku dakap kalian pada hari terakhir kite bersama kau akn meninggalkan ku dan aku berharap agar kite bertemu lagi pada masa akn datang...
~dinafinati~